no telefon :
0137689968 (ustzh.Khairiah)
0197006017 (ustz.Zuraidah)
click gambar jika hendak lihat lebih besar dan jelas. :)
Friday, December 31, 2010
AKTIVITI KOKURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI - Membawa murid menghirup udara segar, mengadakan aktiviti riadah di luar bilik darjah.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR - Memperkenalkan murid-murid TAJ kepada masyarakat.
MAJLIS MAULIDURRASUL - Murid TAJ mengikuti segala perancangan yang telah diatur seperti Maulidurrasul, Majlis Israk Mikraj yang bersesuaian dengan kemampuan murid TAJ.
HARI TERBUKA -
Berbincangan antara ibu bapa bersama guru bagi menyelesaikan permasalahan dan kekurangan pada anak-anak TAJ.
TILAWAH AL-QURAN -
Melahirkan murid TAJ yang mahir membaca Al-Quran dengan lancar berserta dengan tajwid yang betul.
SUKAN TAHUNAN -
Melibatkan aktiviti sukan secara berkumpulan, individu berdasarkan acara-acara yang telah ditetapkan.
KONVOKESYEN -
Hari penyampaian sijil
sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran murid di sekolah Tadika Agama Johor. Murid-murid diberi sijil mengikut prestasi dan pencapaian yang diperoleh.
KURIKULUM
Kurikulum prasekolah pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
Kurikulum TAJ juga telah melahirkan satu program baru di bawah Projek Kerajaan Negeri Johor iaitu Pintar Al- Quran yang telah dilaksanakan pada awal Januari 2010 baru- baru ini.
MATLAMAT TAJ
Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.
OBJEKTIF PENUBUHAN TAJ
v Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitikberatkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan.
v Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.
2001
PROFAIL PEMBANGUNAN
SISI KANAN TAJ
PANDANGAN ATAS
PANDANGAN LUAR KAWASAN TAJ
PANDANGAN HADAPAN
SUSUR GAJAH
TEMPAT LETAK KENDERAAN
SEJARAH SEKOLAH
TAJ DURRANI yang mula diwujudkan di Sekolah Agama Seri Pandan pada tahun 2002 sebagai tahun perintis yang kini berada di bawah penyelarasan Ustazah Siti Zuraidah binti Rehan dan Ustazah Khairiah binti Mohd. Tahrir semakin berkembang dari tahun ke tahun mengikut peningkatan dan prestasi pelajarnya.
Ia bermula secara berperingkat – peringkat bilamana Program TAJ ini mula diperkenalkan. Pihak penyelarasan telah membuat perubahan dari tahun ke tahun untuk memberikan keselesaan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pihak guru lebih memberi fokus dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar, disamping mengetahui asas AlQuran dan solat serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan apabila meningkat dewasa kelak.
KEISTIMEWAAN TAJ
v Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan
negara.
v Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
v Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan pembacaan
Al-Quran dan dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan
baik.
v Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk
semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai
hak dan kebolehan orang lain.
v Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab, Matematik dan Sains.
PENGENALAN TAJ
v Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitikberatkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan.
v Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.
2001
MATLAMAT TAJ
Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)